PETRONAS menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat minyak Argentina YPF bagi mengukuhkan kerjasama dalam projek gas asli cecair bersepadu Argentina.<br /><br />Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, kerjasama itu akan turut melibatkan sektor lain seperti segmen huluan, petro kimia dan penyelesaian tenaga bersih.
